Skuad Tok Gajah tewas. ATM menang tipis.

Book cheap tour packages

Malam tadi, saya sempat tonton perlawanan dalam Liga Perdana antara Pahang menentang ATM. Bagi saya, ianya memang menarik dan saya rasa saya bangga menontonnya. Dalam tempoh 45 pertama, perlawanan agak seimbang dan kedua-dua pasukan saling menyerang kubu pihak lawan. Cuma Pahang nampak goyah apabila seorang pemian mereka dilayangkan kad merah kerana tackle dari belakang ke atas Hairuddin Omar. Akibatnya, Pahang pincang dengan bermain 10 orang sahaja dan bila masa hampir tamat, seorang lagi pemain Pahang dikeluarkan padang kerana menerima kad merah. Say boleh katakan, bila seorang pemain Pahang kena kad merah..itu petanda Pahang mungkin akan tewas pada malam tadi. Ternyata, telahan saya tepat..

———–
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kembali menerajui persada Liga Perdana daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah mengalahkan Pahang 3-2 pada perlawanan tunggal liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

ATM yang dibimbing jurulatih B. Sathianathan membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti oleh Bruno Sebastien Martelotto pada minit kesembilan setelah Marlon Alex James dijatuhkan pemain lawan.

Pahang tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan Mohd Saiful Nizam Miswan pada minit ke-14 untuk menewaskan penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun.


Lima minit kemudian, Marlon menghasilkan gol kedua buat ATM selepas berlaku keadaan kelam kabut di depan gawang Pahang sebelum Mohd Azamuddin Akil menjaringkan gol penyamaan untuk skuad Tok Gajah menerusi larian solo pada minit ke-30.

tokgajahtewas

Skuad bimbingan Dollah Salleh itu kemudian terpaksa bermain dengan 10 orang selepas pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob melayangkan kad merah kepada Mohd Saiful Nizam kerana mengasari kapten ATM, Hairuddin Omar pada minit ke-74.

Bekas pemain Selangor PKNS Christie Jayaseelan muncul wira ATM apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84 menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Rosfaizul Azuar Ali.

Pahang terus dirundung malang apabila pemain pertahanannya, Mohd Shahrizan Salleh dilayangkan kad merah pada minit ke-90 kerana memegang bola. Kemenangan tersebut membolehkan ATM mengumpul 12 mata selepas mengharungi lima perlawanan manakala Pahang, yang sebelum ini menduduki tangga kedua, turun ke tangga ketiga dengan 10 mata selepas lima perlawanan. – BERNAMA

Ohcikgu: Tak apa, Pahang maih ada peluang untuk mengintai takhta liga yang masih selesa dipegang oleh ATM. Masih ada banyak masa lagi. Tetapi rekod tanpa kalah Pahang lebur pada malam tadi apabila tewas kepada ATM. Tapi ini sudah cukup membanggakan kerana mereka bukan tewas mudah walaupun bermain ditempat lawan.

Ps: Go Go Pahang!


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Sukan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge