Permohonan Program Pra Universiti ke Sekolah Sukan Malaysia 2012 bagi atlet negara.

Book cheap tour packages

Ok, ini ada berita baik untuk semua atlet negara yang berada dalam Program MSN tak kiralah negeri atau negara. Anda layak untuk memohon kursus atau Program Pra Universiti ke Sekolah Sukan Malaysia. Jadi, sila baca info dibawah dan boleh isi download borang permohonan dengan segera.

Perhatian:

  1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2012. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.

Panduan Permohonan: Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.Kemudian, tekan butang SIMPAN

2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap:
a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
c. Ruang G. Perakuan
d. Ruang H. Pengesahan

Ok, download borang tu disini: Download Borang Permohonan Program Pra Universiti ke Sekolah Sukan Malaysia

3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:

PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)

sebelum tarikh tutup permohonan

Ps: Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal. Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Sukan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge