Malam tadi sempat tengok bola dekat TV1 antara Pahang dan Johor. Nampak menarik pada separuh masa pertama. Penguasaan lebih kepada Pahang yang banyak menyerang dan banyak menguasai kawasan tengah. Johor pula hanya pada awal perlawanan sahaja rajin menyerang. Tapi tak berapa menjadi. Sebaliknya, pemain Pahang berjaya memanfaatkan peluang dengan menyerang sebelah kanan Johor dan hasilnya 2 gol berjaya diraih dan dijaringkan oleh Azamuddin Akil.
Get an iPhone 4S when you sign up for an AmBank Credit Card ONLINE now
Pada separuh masa kedua, nampak ketara Johor mula mengasak dan mengasak. Malah, Pahang juga turut melakukan serangan. Namun, kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dan perlawanan tamat dengan berkesudahan Pahang menang 2-0 ke atas Johor.
Nampaknya, saingan Liga Perdana makin menarik. 5 pasukan teratas masih berpeluang untuk merebut 3 tempat terbaik dalam Liga Perdana. Semuanya mahu merebut tempat ke Liga Super pada tahun hadapan. Tidak hairan Tentera, Johor, Pahang sentiasa berusaha untuk menang bagi mencapai tujuan tersebut.
Ps: Esok, akan ada perlawanan Liga Super. Harap ada siaran langsung Selangor vs Lions VII kat Astro Arena. Mesti menarik perlawanan ini nanti.











tahniah kepada pahang
aku sempat tengok kejap je malam tadi
tehr recently posted..Bila Aku Terima Nikahnya