Ya, saya ada baca disurat khabar yang seramai 28 pelajar lelaki beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Baharu yang ditahan kerana ponteng sekolah hari ini, diarah membaca al-Quran. Nampak macam bagus juga kan denda style ni? Sekurangnya, mereka akan membaca al-Quran. Kalau tidak, memang susah nak sentuh Al-Quran dan baca setiap hari. Betul tak? Malah, saya sendiri sedih bila ditanya pada para pelajar yang memang puratanya tidak membaca Al-Quran setiap hari. Tapi sekurangnya, ada sebahagian dari mereka tetap solat 5 waktu setiap hari. Saya harap mereka boleh solat dan membaca Al-Quran setiap hari selepas ini.
Get an iPhone 4S when you sign up for an AmBank Credit Card ONLINE now

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Kelantan, Hussin Awang berkata, kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot, di sini untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.
Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun, ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.
“Ada kalangan pelajar yang ditahan itu sedang merokok,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Hussin berkata, pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut.
Operasi bersepadu melibatkan lapan agensi kerajaan berkaitan, selama dua jam bermula 9.30 pagi itu, adalah lebih kepada usaha untuk mendidik pelajar agar tidak ponteng sekolah, katanya.
Katanya, terserah kepada pihak sekolah untuk memanggil ibu bapa atau penjaga pelajar terbabit untuk dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukan anak mereka itu.
Beliau berkata, operasi bersepadu itu akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras penglibatan pelajar dengan kegiatan tidak sihat.
Operasi bersepadu itu melibatkan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Baharu, polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Perbandaran Kota Baharu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. – BERNAMA
Ohcikgu: Anak-anak bila kecil, kita boleh lentur lagi mereka, boleh nasihat dan boleh denda macam-macam.Bila dah besar macam gajah ni, kalau kita denda, mereka akan memberontak. Jadi, jangan tunggu sampai dah besar baru nak lentur anak. Biarlah dari kecil. Biar mereka tahu buruk dan baiknya ketika waktu kecil. Jika mereka kenda denda pada waktu dah besar ni, percayalah..sebahagiannya akan marah, malu dan silap hari bulan akan berdendam kalau kita denda yang bukan-bukan. Jadi, nak denda pun, kena bijak. Bukan sebarangan denda sahaja.
Kalau mahu senarai denda yang sesuai pada waktu kecil. ha, leh rujuk ini: Senarai denda yang pernah dilakukan oleh guru sekolah dulu-dulu.
Submit a photo of your interpretation of “Energy” to win cash prizes from Petronas! #PetronasCNY
Ps: Selalu kena rotan dengan pembaris kuning dan bulu ayam tu. Grr..











Umut 15-18 tengah naik tuh. Biasanya mereka lebih mudah ikut dan dengar kata kawan daripada orang tua mereka.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Celik IT
Bagus betul kalau denda macam ni..ibu bapa pun suka

azman recently posted..Wordless Wednesday # Good Morning!
harap2 pasni dorang insaf la kan..
huhu . . terbaik la kena dnda mcm tu . .hehe . . suka btoi . .
Mr.Sepet recently posted..Cinta Hakiki Cinta Allah SWT
baguslah kena denda baca alquran.. mungkin boleh dpt hidayah
zool recently posted..Keputusan perlawanan bolasepak Liga Super Malaysia – 08.02.2012
wah satu idea yg bagus.. lebih baik mendidik dari terus menghukum..
satu pengalam kena denda di sekolah yang bagus
tehr recently posted..Bila Aku Terima Nikahnya
kalau denda baca al-quran , saya setuju {sambil hentak meja} ahaks…
satu tindakan yg bagusss…
faizfakhirin recently posted..Carrots adalah JunkFood : Bolthouse Farms
bagus tindakan pengarah JPN ni. patutlah tengok masjid tu macam kenal. Masjid Telipot rupanya…dekat jugak dengan JPN Kelantan.
Amirez recently posted..Amalan Diet Rasulullah
hukuman yang sangat wajar….bagus ler camtu…

Norizwan recently posted..Cabaran sarapan pagi 6000 kalori
Long recently posted..Harimau Muda A VS Gombak United
kat sek aku xpnh lagi buat cmni. sllu dendan trus kne sebat. hahha
acapz recently posted..Membuat Kekacauan Pada Rangkaian Wifi Dengan Network Spoofer Untuk Peranti Android
Kalau degil sgt kita anto sekolah bebudak nakai je abih cerita…hahahaa
yas recently posted..Filipina DiLanda Gempa Bumi – [Gambar]
Budak-budak sedang naik memang elok kalau disuruh baca al-quran,,,
hatiputera recently posted..Kepak ayam
denda yang bagus dan bermanfaat.
kimmie recently posted..Santai: Percutian di Kota Kinabalu – 1
Betul kata cikgu, nak didik anak biar masa budak2 tu masih kecil. Dah besar/remaja ni susah sikit.

Mekar recently posted..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…
bagus jgk denda macm ni berguna dari mendenda dengan merotan dan menyakitkan hehe
nuriz recently posted..Kebolehan Noraini Bercakap Korea dan Mandarin Ada Kaitan Dengan Para Sedar