Malaysia vs Jepun. 0-2!
Nampaknya Malaysia sedang ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Memang bengang juga dibuatnya. Jaringan pertama memang ketara, defend naik, Jepun terus nampak peluang dan buat counter-attack. Dan MENJADI!
Apek tak leh nak kata apa. Kira nasiblah kalau Apek boleh tahan. Tapi Apek gagal tahan bola dan bola bergolek masuk ke gawang gol Malaysia. Tapi untuk gol kedua, pemain jepun menang dalam pertarungan udara dan Apek pula keluar terlalu awal. Bola plak, betul-betul bergolek celah kaki Apek. Walaupun Apek bermain cukup cemerlang pada 30 minit pertama, tapi gol kedua ni memang ada silap Apek juga. Tapi saya tahu, Apek dah buat yang terbaik.
Mahali keluar. Cedera. Mungkin ini juga salah satu sebab pertahanan Malaysia agak pincang.
Cuma saya harap pada separuh masa kedua nanti, janganlah pemain Malaysia terlalu berlembut dan menghormati pemain Jepun sangat. Kawasan tengah padang tu, semuanya pemain Jepun take-over. Striker bila dapat bola, gagal dapat kawal bola. Pemain kita senang tercicir bola. Hemm..takkan kita nak harap kemunculan seperti Safee Sali dan NorShahrul Idlan Talhah yang kita tak tahu bila akan muncul? Harap pemain muda kita boleh buat sesuatu. Insya-Allah..kalau kita dapat 1 gol malam ini, itu tanda kita dah menang dengan Jepun. Hehe..
Keputusan terkini: Malaysia (0) vs Jepun (2)
Ps: Masih ada peluang. Leh wat macam Bahrain buat kat kita. Mana tahu, kita boleh dapat 3 gol dalam 10 minit terakhir nanti. Doa-doalah ye..











Harian melihat fizikal pemain Jepun yang besar berbanding pemain Harimau Muda nampak kecil sahaja.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Double Parking
Keputusan terkini Malaysia-0 Jepun-4

b3njy recently posted..MALAYSIA VS JEPUN | KELAYAKAN OLIMPIK 2012
senyum jer bro benjy ketwa lelebih jgn polak heee
Hmm susah nak beat Japan ni…
azman recently posted..Tahniah Kepada Pemenang Kontest
tiada ruang memang
hati sush nak jangka..
mmg potong trik bila bola kedua bjya di golkan..aduh…tension tol tgok bola mlm tuh.hurm mujur baju kain semua dah selamat lipat blh tgok bola mlm tadi hee..tapi syg kalah ahaaii..
tengok kejap je semalam…ada kerja kena buat. kalau dulu cuma Apek lawan Jepun, sekarang ni nampalah sikit yang Apek tidak keseorangan

Amirez recently posted..Kipas Dari Makkah
kalah sudah
Juan recently posted..Alcatraz TV Show / TV Series 2012
Bahagian tengah hancur. Asyik main long pass je. Thamil asyik berjogging satu padang. Mamat Fakri pula kerja tak habis-habis terjah kaki lawan.
Long recently posted..Misha Omar Dan Firos Bertunang
kalah denagn jpn takde lah ralat sangat
rahman recently posted..Kiosk Maju Masjid Ekspres e-Derma mari gunakan.
takleh nak harap kat apek sorang, kerja berpasukan semua kena bertungkus lumus

nuriz recently posted..Sinopsis Adam dan Hawa + Aaron Aziz & Nadiya Nissa