Tadi, masa dalam kelas. Ada seorang pelajar lelaki bertanyakan pada saya..
“Cikgu, cikgu pernah jumpa hantu?”
“Hantu tu, hantu yang macam mana?” tanya saya mendapatkan kepastian.
“Ala..hantu yang macam dalam tv tu la..”
“Tak pernah. Kenapa?”
“Ohh..”
Saya sendiri jarang berbicara tentang hantu dalam kelas. Tapi budak-budak sekarang, memang open minded. Macam-macam dicerita dan ditanya. Kadang-kadang, saya juga terlayan dengan karenah mereka semua yang penuh dengan imaginasi dan semangat ingin tahu. Kalau ini mereka terapkan ketika dalam mata pelajara Sejarah dan Sains, alangkah bagusnya kan?
“Cikgu..cikgu ada tengok tak cerita hantu yang baru tu?” tanya pelajar saya tiba-tiba lagi..
“Hantu yang mana pulak nih..” tanya saya lagi?
“Ala..cerita yang presiden Amerika bunuh hantu pontianak tu..”
Ehh..sejak bila ada presiden Amerika jadi pembunuh pontianak ni? Jadi, disebabkan semangat ingin tahu tentang apa yang diceritakan oleh anak pelajar saya tu, saya pun carilah informasi berkenaan tersebut. Tak sangka, ada rupa-rupanya!
Sedikit sipnosis Abraham Lincoln Vampire Hunter:
Filem ini merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah Wanted, Timur Bekmambetov yang memang anda tahu memang seronok untuk di’tonton dan terbitan Tim Burton.
Mengisahkan tentang presiden Amerika Syarikat paling di’raikan, Abraham Lincoln yang secara asas’nya mempunyai rahsia memburu pontianak semenjak belum bergelar presiden.
Jika di’tolak faktor adanya pontianak (vampire) dalam filem ini, Abraham Lincoln: Vampire Hunter memang sebuah filem yang sarat dengan fakta sebenar Presiden USA ke 16 itu.
Lakonan teraju utama, Benjamin Walker patut di’puji kerana berjaya membawakan watak dengan berkesan dan beliau muncul hampir dalam setiap babak filem ini.
** Amacam? Tengok trailer pun macam best kan?
Ps: Tak sangka kan??




Jangan kata cikgu..mak pom x tahu citer hape nih. Wakaka..
Ada juga melihat poster filem ini. Mula-mula agak pelik juga apabila Presiden dikaitkan dengan pemburu pontianak.
akubiomed recently posted..Kawasaki D-Tracker 150 berciri Motard masuk Malaysia
haha..cikgu kan kena serba serbi tahu..kalau tak tahu buat² kadang-kadang

cikgu naman recently posted..Alhamdulillah, dah bertambah ahli keluarga
macam-macam budak2 sekarang yer. filem ni macam animasi je.
abraham lincoln bunuh pontianak pulak,,,mesti seram giler nie..
ati putera recently posted..Eyriqazz vs Denaihati
filem ni nak sindir kumpulan mana agaknya
tehr recently posted..Jadual Perlawanan Kelayakan AFC U-22
Abraham Lincoln pernah buru pontianak ke
haha
beckhr00y recently posted..Keputusan Jerman VS Greece Euro 2012 QF
best ke cerita ni?
cik tom recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Blogger Hebat!