Sana-sini heboh dok orang sepam tentang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Jadi, saya pun nak turut menyepam sama untuk curik sikit trafik dari cabaran ni. Bukannya saya reti sangat pun bab-bab SEO ni. Masih lemah. Masih perlu banyak pencerahan. Kalau nak buat plan taktikal dan sukatan untuk memenangi Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ni, masih banyak kerja sekolah yang perlu saya rancang untuk menjadikan misi ini berjaya. Memang sukar, tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Bak kata orang, bila perah susu lembu, perah sampai ke titisan terakhir!
Dari apa yang saya lihat dari Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, rata-rata blogger pasti akan tackle keyword atau kata kunci “Eyriqazz vs Denaihati”. Pasti dimana-mana tajuk artikel mereka akan ada perkataan Eyriqazz vs Denaihati. Malah, taktik menyalahkan satu huruf seperti Eyriqaz vs Denaihati, Eiriqazz vs Denaihati, Eyriqazz vs Dennaihati dan macam-macam lagi akan menjadi salah satu cara untuk mengumpan para pencari blog Eyriqazz dan blog Denaihati. Saya juga tak terkecuali menggunakan cara ini. Dah alang-alang mencuba, biarlah kita cuba sampai taktik dan teknik terakhir. Barulah kita tahu “lesson plan” kita tu menjadi atau tidak.

Ramai blogger tak melepaskan peluang ini kerana ianya melibatkan 2 blogger popular di Malaysia. Walaupun blogger Eyriqazz tidaklah begitu terkenal berbanding dengan blogger Denaihati, tapi bagi pandangan saya, Eyriqazz cukup terkenal dikalangan blogger yang menggunakan Nuffnang. Malah, ramai fans dan pengikut blog tersebut menyukai cara penulisan beliau yang bercerita tentang keluarga dan apa yang berlaku disekeliling beliau. Blog Denaihati juga begitu. Tidak menggunakan niche khusus. Tapi dalam setiap artikel beliau ada “X Factor” yang mampu membuatkan pembaca terpaku dan melekat diblog tersebut sampai bila-bila. Bukan mahu mengampu mereka berdua, tapi mereka berdua boleh pergi jauh dan jauhh meninggalkan kami yang baru belajar merangkak dalam dunia blogger tanah air.
Jadi, Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini merupakan satu platform terbaik untuk blogger baru yang kurang terkenal seperti saya untuk belajar sesuatu.
1. Blogger baru boleh tahu apa itu SEO.
2. Blogger baru boleh kenal dengan otai-otai SEO.
3. Blogger baru boleh kenal dengan otai-otai Blogger tanah air.
4. Blogger SEO akan lebih mendalami ilmu SEO yang tak ada dalam buku teks sekolah.
5. Blogger yang suka buat duit, pasti akan terlibat sama untuk cari duit tambahan.
6. Blogger yang suka trafik, akan turut serta untuk dapatkan tempias trafik.
7. Blogger yang mahu penjenamaan semula.
8. Blogger yang mahu mempromosikan blog mereka akan nampak peluang untuk promosikan diri mereka dan blog mereka dengan menjadi penaja atau sponsor.
9. Lebih ramai Blogger SEO yang akan dihasilkan.
10. Lebih ramai blogger baru akan berputus asa terlalu awal kerana mengetahui betapa susahnya nak menang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini.
11. Ramai Blogger akan kenal apa itu backlinks, exchange links dan sebagainya.
** Bagi saya, menang atau kalah. Itu mesti. Mana ada orang masuk sesuatu pertandingan, tapi mahukan kekalahan. Setiap orang mahu satu kemenangan. Sebagai tanda atau bukti usaha yang mereka lakukan. Begitu juga dengan murid sekolah, kalau cerita bab KSSR, setiap murid pasti mahu mendapat Band yang tinggi walaupun mereka tak tahu apa kejadahnya Band tersebut. Malah, mak ayah pun tak pasti apakah kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan Band yang tinggi. Kalau dapat Band rendah, cikgu-cikgu juga yang disalahkan.
Ps: Saya cuma mahu tengok, bolehkah blog ini terselit dicelah-celah blogger otai yang cukup bijak dan kreatif bermain dengan SEO. Mana tahu..ada rezeki?




mantap…selamat berjaya
boleh,cikgu mesti boleh,tapi blog ber pr tinggi dah menguasai 1 page he3..
azman recently posted..Eyriqazz vs Denaihati
Blog ber PR tinggi lebih advantage untuk mendominasi first page google..tetapi entry cikgu pun mantap.
hatiputera recently posted..Eyriqazz vs Denaihati Blogger Malaysia
ya…PR mempengaruhi…hehehe…
good luck cikgu untuk Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
Denaihati recently posted..Euro 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak
Ckgu pun da ikt jejak mereka. X bleh jd ni. Huhu. Apa pun, all the best ye ckgu
chii recently posted..Mari bergotong royong di hujung minggu
Kalau la ade kategori SEO gambar gak kan bagus…gambar blog cikgu ni antara SEO top…hr3
menang kalah, adat jer kan..hehe..pegalaman tu lagi penting..good luck ya…hehe…selamat datang ke duia Eyriqazz vs Denaihati…hihih
gud luck..untung sabut timbul..untung batu tenggelam..untung cikgu x der sapa yg tahu..

Jebeng Otai™ recently posted..Eyriqazz vs Denaihati : Tema SEO Thesis
makin meriah nampaknya
selamat bertanding, cikgu
tehr recently posted..Tak Jumpa Pintu Pagar
Selamat menguji ilmu SEO.

akubiomed recently posted..Seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri
mcm2 blh berlaku 2 bulan..ntah2 blog cikgu ni menang..hehe…point2 semua tue mmg betul sgt2…
cik tom recently posted..Kenapa Join Contest Eyriqazz vs Denaihati
good luck bro.. saya pun saje-saje join..
azydy recently posted..Eyriqazz vs Denaihati Dua Blogger Hebat
aku baru jer join semalam, terlewat skit, ada tarikh tutup ker bro
Juan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati
SEO…?
Adeh… malasnye nak join he..23x tak sesuai main SEO panas macam nie…
Bro Framestone recently posted..Kontest Anjuran Bro Framestone Dan Nando’s Malaysia.
xde tarikh tutup rasanya juan sbb tarikh tutup last 31 ogos..so sepanjang tue boleh submit entry..
cik tom recently posted..Nak Jual Blog Ciktom.com
Kena belajar banyak lagi ni untuk tambah ilmu SEO..
selamat berjaya untuk cikgu..
Kulanzsalleh recently posted..Wordless Wednesday: Look Mum I’m Flying!
InsyaAllah, jika ada kesungguhan dan minat yang mendalam mengenai SEO cikgu akan berjaya. Saya dalam SEO sudah 2 tahun tapi masih belum berjaya. Besar skop SEO ni
ProfHariz recently posted..Jumpa di The Legendary Concert 2012
Banyak poin kena ambil kira ni..

samdaddycool recently posted..Contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
Ok brother.. gd luck..
nurmisnan recently posted..Anti tobacco day campaign
Good luck cikgu saya ucapkan.. mesti ada terselit, kalau kena strategi, terus didepan..

zuls recently posted..What is eyriqazz vs denaihati seo ?
Tiada yg mustahil.. Good luck yer…
Fuh, byk benar tagged nya….

AkmaOmar recently posted..Eyriqazz vs Denaihati