Saya rasa hari ini penuh dengan pelbagai isu yang timbul. Tetapi isu yang paling ketara adalah isu yang berlaku dalam Forum Suara Mahasiswa.
Forum Suara Mahasiswa dan Presiden Suara Wanita 1Malaysia
Apa isu yang timbul?
- Isu pendidikan percuma.
- Isu listen
- Isu respect
- Isu rampas mikrofon ketika orang bertanyakan soalan
- Isu penghinaan
- Haiwan pun boleh jadi isu..
- Isu “let me speak!
Siapa yang ada tonton video Forum Suara Mahasiswa itu, pasti anda semua ada pendapat yang berbeza. Dan sekali lagi, Mat Luthfi tampil dengan Parody Video sini beliau. BOleh tonton dibawah jika anda belum lihat apakah yang ingin cuba disampaikan oleh Saudara Mat Luthfi yang popular dan disukai oleh ramai cikgu-cikgu perempuan. Hehe..
Parody Forum Suara Mahasiwa
Apa yang perlu diambil perhatian..
1. Saya sendiri tak pernah rampas mikrofon dari tangan sesiapa.
2. Bila ada soalan, kita mesti dengar dan respect sampai seseorang itu habis soalannya.
3. Dan baru kita jawab.
4. Berapa kali perempuan yang agak sombong itu bertanyakan kembali soalannya? Inilah akibat tak dengar dan hormat orang. Rasanya, dia jilat balik apa yang dia cakap. Orang kita kata, “cakap tak serupa bikin”
5. Umpama meludah ke langit. Ludah tu jatuh ke muka sendiri.
6. Tapi saya tak nafikan bab “bersyukur”. Sebab orang kita ni memang banyak benar tak bersyukur. Pemalas tu satu hal. Tapi bila bersyukur..malas nak bersyukur. Mengharapkan semuanya dimudahkan.
6. Bab pergi ke negara lain? Senang dia cakap. Banyak benda kena lakukan sebelum kena pergi luar negara. Visa, beli tiket, kena bagitau mak bapak. Kena cari duit. Ingat senang ke?
7. Presiden Suara Wanita 1Malaysia memperbodohkan mahasiswa? Yes. She did.
8. Kepada perempuan itu, jangan cakap pasal demokrasi kalau anda sendiri tak faham apa itu demokrasi.
9. Saya sendiri kalau ditanya oleh muris saya soalan, saya akan dengar sampai habis. Baru saya jawab.
10. Mudahnya, isu ini dah jadi viral dengan kehebatan Facebook, Twitter dan Youtube.
11. Tetapi saya setuju, kedua-dua perempuan ini ada masalah. Soalan sepatutnya pendek. Tak perlu terlalu panjang. Mungkin sebab itu Presiden tu bengang semacam sahaja.
12. Tetapi percayalah..orang kita tak buta. Mereka ada mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan otak untuk berfikir dengan lebih waras.
Dan macam-macam lagi. Secara jujur, kedua-duanya ada salah dan silapnya. Semua orang lakukan kesilapan. Kesilapan terbesar mereka, video dalam forum ini berjaya dirakam. Dan akibat paling teruk, ada pula yang letak kat Youtube. Jadi, secara logik memang akan tersebar ke seluruh Bumi tanpa kawalan. Hasilnya? Anda sudah lihat apa yang terjadi.
** Kagum pada pelajar itu. Berani tanya soalan. Kagum juga dengan presiden tu. Berani membalas. Lelaki lain pergi mana kat dalam forum tu??
Ps: Benda ni boleh selesai. Dua-dua minta maaf. Habis cerita. Listen!




Inilah jadinya.. Bila semangt berforum dan berbincang tidak dihayati oleh kedua belah pihak…
anif recently posted..Fenomena Listen, Listen, Listen, Listen! – Cerita Kedai Kopi
Inilah masalahnya bila berbincang tanpa ilmu dan adab.
Kalau semua nak cakap, sape nak dengar? kalau semua pakat dengar, sape nak cakap?
hafizmd recently posted..Akhlak Rasulullah SAW & Salam Maulidur Rasul
[...] Andai kita mahu dihormati, hormatilah diri sendiri. Adab sopan perlu dijaga tak kira apa pegangan agama dan bangsa kita seperti kata Cikgu INI. [...]
baru aya tau,rupanya video ini lah yang orang-orang hebohkan skang.. emmm… kesian plak tengok wanita yang bertanya soalan.. macam dia yang dimalukan plak.. dahlah microfon dirampas…huhu.. tak respect tu.. sbb tu orang selalu kata mendengar lebih baik dari berkata-kata. kadang2 cakap kita tak serupa bikin.. anyway good luck for Malaysian.. hope we success and peace..
Aya recently posted..Video Paling Banyak Ditonton di YouTube, Lebih 1 Billion View?
cakap dan dengar baik2
moga2 segala yang berlaku menjadi pengajaran buat kita semua
TehR recently posted..Pantun Maki Orang
buang yang keruh ambil yang jernih..

muktasim recently posted..Bible melayu di edar di sekolah Pulau Pinang?
tidak hilang harga diri dgn merendah diri serta beralah. jangan sampai ianya menjadi melarat dan berpNjangan baru nak bermaaf2an
Ladfe Amir recently posted..Dulu Tiada PTPTN
cepat betul benda ni viral kan..
skrg ni nak wat apa2 kat public mmg kena hati2

Ummi Hanie recently posted..Blog branding: Pakej header, banner dan watermark baru