Ya. Masih ingat lagi tentang program Jobdirumah? Ya. Saya dapat lagi bayaran komisen jobdirumah dari program yang cukup saya suka ini. Terima kasih kepada program ini kerana tidak pernah gagal untuk membayar setiap kali saya berjaya mendapat komisen. Setiap kali saya buka inbox, saya selalu perhatikan dan tertanya-tanya.

“Hari ini dapat ke tidak..”
Jika dapat. Alhamdulillah. Jika tak dapat..
“Tak apa. Mungkin esok lusa rezeki aku. Mungkin bukan hari ini..”
Ya. Itulah monolog saya ketika membuka inbox email saya. Dah jadi satu kebiasaan pada setiap hari.

Walaupun saya jarang sekali dapat banyak sales sekaligus dalam satu hari, tapi kalau setiap hari dapat satu sales dari program Jobdirumah ini, itu sudah memadai buat saya. Saya berharap dalam sebulan boleh dapat sekurangnya 3-5 jualan dari program ini.
Saya masih lagi berusaha gigih untuk mempromosikan program Jobdirumah agar saya mendapat sedikit hasil yang boleh saya manfaatkan untuk pembangunan blog ini. Hampir separuh dari apa yang saya dapat dari program ini, saya laburkan semula untuk blog ini. Termasuklah untuk promosi, pengiklanan dan juga pembayaran domain dan hosting yang dilakukan setiap tahun.Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar.
Anda boleh mendaftar dengan Jobdirumah disini: Jobdirumah
Ps: Nak senang, tak susah. Nak susah, lagi senang..




Tahniah…. Semoga lebih banyak komisyen berjaya diperolehi selepas ini..
Anuar recently posted..Nuffnang terus memberi, Tapi bagaimana saya nak menerimanya?
si Titan Earncent pon selalu cakap dia dapat komisyen daripada Job di Rumah ni kehkehkeh
topo recently posted..Komik Motivasi Untuk Menaikkan Semangat dan Memberi Anda Inspirasi
mereka berdua ni dari pasukan yang sama agaknya
hehe
TehR recently posted..Menang, Seri Dan Kalah
best nya la asek masuk je duit cam titan.. jelesss
haa..tu dia dh byk dpt hee.. kami dpt ciput2 jer syukur gak sb dpt merasa
murah rezeki cikgu….alhamdulillah…
papa mifz recently posted..Kedai Lampu Murah dan Sememangnya Murah
SALAM..
alhamdulillah..rezeki tu..
biarpun tak banyak mana
setidaknya, blog ini tetap
menjana wang buat anda
TAHNIAH!
Bro Zulkbo recently posted..Siapa Sangka Nak Jadi Popular Di Google Trends?
tahniah ohcikgu.. rezeki tahun baru tu =D
tahniah cikgu..saya copy n paste tag keyword tu boleh untuk diletakakkan pada entri jobdirumah saya.
Ladfe Amir recently posted..Dulu Tiada PTPTN
perghh ..terbaik laa..huhu..
bro, nak tanya ni..amcam mana nak tarok iklan komli ?
da tengok manual apa bagai tapi tak paham ..sampai dah tanya kat teknikal supprot, masih lagi tak paham caranya.. huhu
wah… untung klu jadi blogger popular ka… dgn mudah blh dapat duit dari blog…
Potia Casadelarossa recently posted..Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013
Tahniah. Dah banyak dapat komisen tu.
Arrazi recently posted..Teknik Mempergunakan Orang Lain
Macam menarik je program job dirumah ni

wann recently posted..Macam Mana Nak Dapatkan Buffered Earning (BE) Nuffnang?
Nice
Best dapat komesyen… Nak try jugak buat keje2 macam nie…
Izzuddin Fauzi recently posted..Suatu Hari, Dulu dan Dah Lama #PT1
kalau dah 10 kali tu, mau cecah ribu riban totalnya kan…
tp mmgpuas hati labur duit affiliate ni smua utk blog kita kan kan

Ummi Hanie recently posted..Blog branding: Pakej header, banner dan watermark baru
[...] Oh.Cikgu Pondok Kecil Cik Tom [...]