3 Program buat duit dengan blog yang patut anda cuba.

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

Ya. Saya tahu, saya agak lama tak online dan menulis diblog ini. Maklumlah, sibuk sikit dengan kerja sekolah. Sibuk lagi dengan program Merentas Desa dan musim sukan akan menerpa tak lama lagi. Dengan rumah sukan, dengan unit beruniform dan sebagainya. Pasti akan menjadi lebih sibuk selepas minggu ini.

Baik. Hari ini saya akan kongsikan 3 program atau 3 cara untuk bantu anda buat duit dengan blog anda. Sebenarnya ada 1001 cara yang boleh anda cuba. Tapi saya ceritakan tentang 3 cara ini kerana ianya mudah, percuma dan tidaklah menyusahkan anda kerana anda boleh cuba dan tinggal. Jika ada rezeki, anda boleh dapat hasilnya.

1. HzTours. Program Hztours ini membayar anda berdasarkan klik. Ya, mereka juga bayar berdasarkan sales. Disini, saya tekankan pada klik kerana anda perlu memilih sama ada anda hendak mencari duit melalui klik ataupun sales. Saya memilih klik kerana saya rasa blog saya ini mudah sikit untuk dapat klik setiap hari. Klik anda dibayar sebanyak RM0.08 untuk 1 klik. Dan anda akan dapat bonus RM0.02 untuk setiap klik yang dibawa oleh downline atau referral anda. Jadi, kepada yang berminat, boleh cuba program ini. Pendaftaran adalah percuma. Daftar disini: Hztours.

2. Program Insentif Tunai Blogger Wanita do com. Program lebih kurang aje macam Hztours. Cuma ianya dianjurkan oleh Saudari Aya. Jika anda dapat bawa lebih ramai trafik ke blog Bloggerwanita.com, lebih banyak kliklah yang anda dapat. Dan jumlah referral/klik/trafik yang anda bawa akan dibayar sebanyak RM0.02 untuk setiap trafik/klik yang anda peroleh. Pendaftaran juga percuma. Hanya perlu beritahu ownernya yang anda ingin menyertainya sahaja. Baca lebih lanjut disini: BloggerWanita.com

3. Program Insentif Tunai Mat Runcit. Jumlah yang sama. Lebih kurang macam dua program diatas. Dibayar pada RM0.02 untuk setiap trafik/klik yang anda dapat hasilkan ke blog atau website Matruncit.my. Boleh baca lebih lanjut disini: Matruncit.my

4. Program Jobdirumah. Ya, setakat ini sudah 10 kali saya terima bayaran dari program Jobdirumah. Jika ingin tahu lebih lanjut, boleh baca ulasan saya tentang Jobdirumah terlebih dahulu. Mungkin anda akan lebih berminat dengan program ini.Anda boleh sertainya dengan mendaftar disini: Jobdirumah

** Cuba sahaja. Tak rugi pun kan?

Ps: Cuti dekat 3 hari. Bolehlah update blog lepas ni. Hehe..




About cikgu malaysia

Pemilik blog Ohcikgu.com. Blog popular untuk semua cikgu-cikgu malaysia. Terutamanya untuk cikgu-cikgu perempuan yang comel-comel. Semoga semua tulisan didalam blog ini akan menghiburkan anda.
This entry was posted in blog dan blogger and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge