Ada satu kali tu, saya sempat pulang ke rumah. Maklumlah, cuti sekolah. Kalau tak ada kerja diasrama dan saya rasa saya boleh pulang sekejap, saya pulang. Maklumlah, bukan senang nak pulang ke rumah dan melawat emak dan abah saya.
Memang rumah emak dan abah saya bukannya dikawasan perkampungan. Yelah, asyik dengar cerita kawan-kawan, balik kampung, balik kampung. Semuanya ada kampung. Oleh sebab rumah emak dan abah saya dikawasan bandar, jadi..bandar itulah kampung saya.

Dan ada satu kali saya perasan. Telekung emak saya. Dah agak lama. Lusuh pun ada. Tapi warna putih tu tetap berseri. Di mata emak saya, telekung lusuh itu dah cukup untuk dibawa solat. Asalkan tidak ada kotoran atau tompok-tompok degil yang melekat. Cuma ada satu dua bahagian yang sudah terkoyak dan emak saya sendiri jahit telekung itu. Dan ada satu bahagian itu sudah berlubang. Bagaimana berlubang, tidaklah pula saya tanya. Tapi memang ada niat dihati ingin belikan satu telekung baru untuk emak saya. Tapi..
“Daripada kau belikan emak telekung, ada baiknya kau bawa pulang calon menantu emak..”
Sudah..
Ke situ pulak perginya jawapan emak saya. Ya, saya masih bujang dan memang sedang mencari calon-calon isteri. Jadi, saya ada terbaca tentang Giveaway Pertama Haniz dot com. Bukan Hazanis tauuu. Hehe..
Andaikatanya termenang dalam Giveaway ini, saya akan mintak pihak Haniz.com untuk terus letak nama alamat itu dan poskan ke rumah emak saya. Biar dia tertanya-tanya kenapa tiba-tiba dia dapat telekung. Tapi kalau tak menang, tak apa. Saya tak kesah.
Emak saya ni..kalau saya beli apa-apa untuk dipakai macam baju ke apa ke. Memang dia tak pakai. Semuanya disimpan atau diberikan pada orang lain. Melainkan baju kurung. Telekung baru yang kakak saya belikan pun, dia bagikan pada orang lain.

Jadi, harapan saya jika menang telekung tu. Saya akan pilih yang warna pink ini. Saya tak tahu mak saya suka atau tidak. Tapi kebiasannya orang perempuan mesti suka warna pink atau merah bukan?
** Giveaway telekung online dianjurkan oleh Haniz.com. Jika anda ingin mencari telekung kanak-kanak atau telekung bawal serta telekung Vietnam, anda juga boleh dapatkannya disana. Harganya juga sangat murah.
Apakah hukum bila telekung kena air liur kucing? Saya dapat tahu dari blog Haniz. Rupa-rupanya sah. Cuma kena dibersihkan sahaja. Maksudnya, cuma perlu basuh sahaja bahagian itu. Dah alang-alang, basuh aje telekung tu. Hehe..
Ps: Apapun, semua orang sayang emak masing-masing. Saya pun sayang emak saya.




Haha.. Kena “sound direct” tu dengan emak!
Sudah boleh mula cari dari sekarang!
anif recently posted..Perkara Negatif Boleh Berjangkit
Moga2 ada rezekinya nanti…ameen
p.s. Emak dah bising tu, cepat2lah cikgu…

hafizmd recently posted..Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang?
Hadiah yang menarik untuk emak cikgu. Semoga dia terima dengan hati riang. Saya juga ingin gembirakan ibu saya dengan satu kejutan pada tahun ini. Insya Allah.
Tentu emak Oh Cikgu gebira sekiranya dapat hadiah telekung yang dihantar melalui Pos.. Good Luck Cikgu….
Anuar recently posted..Keputusan Contest Teka Gambar Blogger dan Menang Wang Tunai..
Sejuk hati ibu dapat persalinan telekung daripada anak bujangnya.
akubiomed recently posted..Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
semoga cikgu menang telekung tuh…amin…:)
papa mifz recently posted..Ketawa Besar Dalam Gelap
rasanya molek sangat kalau minta calon isteri hadiahkan untuk emak cikgu tu
pasti mahu dipakainya
TehR recently posted..10 Sebab Cikgu-Cikgu Pergi Ke Sekolah
selamat berjaya, oh cikgu.
harapan suci murni tu
tp aklau bawa pulang menantu utk emak pun bagus juga, itu permintaan dah kiranya

Ummi Hanie recently posted..Checklist sebelum travel dengan anak-anak menaiki kapal terbang
Salam..

setahu saya kalau disekolah, ramainya cikgu pompuan yang belum kahwin
kecil molek, setengah dah berkereta..sayang la cikgu tak tackle
Bro Zulkbo recently posted..Syarat Memohon Skim Pembiayaan Mikro Tanpa Penjamin Dan Cagaran
InsyaAllah menang. sbb niat dah baik tu
sohoque recently posted..Sepetang Bersama Blogger 2013 – Tiga Hari Selepas Event
Selamat berjaya! Bila mak dah cakap mcm tu, dah kne start la slow2. Hehe

Faris Al-Muhandisu recently posted..Hidup ‘Simple’
semoga berjaya.. telekung untuk emak…
fiezaradzi recently posted..Lavabo Sifonu
bawa balik telekong dan calon menantu

Ajumohit recently posted..#DIY2 | Makeover Almari Hiasan Ala Inggeris Style
Jadi, bila nak kahwin tu?

Zulhilmi Zainudin recently posted..Apa Yang Kita Fikir, Itu Yang Kita Dapat