Pundi kacang.
Ya, dalam satu pundi, diisikan dengan kacang.
TAK.
Nama aje pundi kacang.
Tapi dekat dalam tu ada manik kecil yang berwarna hitam. Kalau letak kacang, tak pasal-pasal budak-budak ni makan. Nanti, habislah pundi kacang kat stor sukan sekolah tu. Haha..
Saya nak tanya.
“Siapa yang pernah main permainan pundi kacang ni?”
Ya, kena lari..letak dalam gelung. Kemudian, lari balik..
Tidakpun, letak atas kepala..dan lari. Kena jaga agar pundi kacang tak jatuh. Kalau jatuh, kena mula dari tempat permulaan. Memang haru dibuatnya..

Jadi, kepada guru-guru Pendidikan Jasmani, baik yang terlatih ataupun guru-guru muda yang baru masuk sekolah, jangan abaikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini. Masa inilah murid-murid ini hendak bermain dan kena juga latih kemahiran-kemahiran yang WAJIB mereka tahu. Contoh macam mencongklang, skip, lompat sebelah kaki, mengilas, memusing, gallop dan macam-macam lagi. Macam mana mereka nak mahir dan pandai bersukan kalau benda asas macam ni pun mereka tak tahu??
Situasi sekarang, dekat rumah, mak abah dah tak bagi main kat luar. Sebab takut kena culik. Jadi, diorang main ipad dan laptop ajelah. Rasanya, takde game yang main pundi kacang kat ipad kan? Yang ada, Angry Bird tu aje..
Tak hairan juga, ramai murid-murid sekarang jadi pemalas dan juga menghadapi masalah Obesiti. Bila dah sampai kes teruk, dah susah nak kurus balik. Yelah, ingat senang ke nak bersenam dan berjogging bila badan dah berisi 90-150kg ni?
Ps: Masyarakat hari ini memang dah berubah. Dulu padang penuh dengan budak-budak, sekarang sunyi dan sepi. Yang aktif, rumput dan lalang tumbuh meliar dengan gembiranya..




padang skrg jd tmpt org berdating je.. haha.. time kwn skola rendah dulu time PJ je takde benda lain, mmg main bola saja dari 1 – 6.. kekeke
fariq recently posted..Keputusan Europa League 12/13 Round 16
Hahaha… Seronoknya… Dah lama tak bermain Pundi kacang….
Anuar recently posted..Teknik Pemasaran 4 : Bukti dan Kepercayaan
Femes dulu2 ni… Pundi kacang ni kalau buat kecik leh buat batu seremban jgk
Eh bro.. pundi kacang tu memang dalamnya kacang. Dulu-dulu ada cuba bukak pundi kacang kat sekolah. Sekarang dah mahal kacang hijau ni. Tu yang ditukarnya dengan manik. Lebih tahan lama.
Cikgu Hairul recently posted..Sudah Gondol
hehehe…rasanya betul tuk cikgu hairul
zaman ambe dulu rasanya mmg kacang…sebab pernah tgk kantung tu bocor..hehehe
hafizmd recently posted..Daftar Kakak Tahun 1 Sesi Persekolahan 2015
anif recently posted..Sambal Kicap – Wordless Wednesday #73
permainan masa aku zaman sekolah dulu
hafiz recently posted..Diserang demam, kena berehat sebentar
Best woo dulu masa kecik² main pundi kacang ni. Lepas tu kalau dapat baling, main lawan sapa paling tinggi.

SDC recently posted..Pencetak Sistem Dakwat Tangki Epson L210
pernah main kot ms sekolah rendah dulu..
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Baru Dapat Google Rich Snippet
sy mati2 ingtkan batu seremban dlm dia pun org isi kacang hijau gak heee
yup kebanyakkan budak2 skrg lebih byk bermain di dalam rumah berbanding luar…kesian….
papa mifz recently posted..Apa Tempat Menarik dan Makan Best di Pulau Pinang…??
bila anak dah obes..salahkan nasi lemak yang dijual kat kantin sekolah..haha…
wandisini recently posted..Takziah Buat Keluarga Prajurit Negara Yang Gugur
Flashback kembali ni… Rindu zaman kanak2 dulu..

Nurul recently posted..Rindu Kamu Semua
Semua pakat duduk dalam rumah, main tablet, tengok tv dan main game sahaja.

Zulhilmi Zainudin recently posted..Kenapa Pilih Untuk Marah Sedangkan Masih Ada Ruang Untuk Bersabar?
mmg mengimbau memori zaman sekolah dulu, anak2 saya main basikal depan rumah dan tablet mmmg tiada di rumah saya, saya tak benarkan suami beli
Permainan ini dimainkan ketika sukan neka sahaja.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Helikopter RC Koning
btul tu..
bdak skg taw men ipad je..
sukan jari la ktekn..
ahaha
Katak Comel recently posted..(5 Gambar) Gadis Jepun Hasilkan Skirt Dengan Kon dom Terpakai
huh teringat masa kecik2 dulu ni

auc recently posted..Cerita Dodol Kukus
Ambe hampir silap baca. Ingat “pundi kencing” td…hehehe
Mainan camnilah yg buatkan minda anak2 cerdas…kalau terperap main ipad jer…mana nak cerdas sebenar cerdas
Nasib baik taman depan rumah ambe tak sepi
hafizmd recently posted..Daftar Kakak Tahun 1 Sesi Persekolahan 2015
lama tak main.. teringat zaman sekolah dulu..best!
teringat zaman kanak2 main sukaneka..
tahniah ohcikgu menang fav. education blog..
p/s: mntk cendol satu hhehe

akhil recently posted..[video] Highlights Kelantan vs Maziya FC 6 Mac 2013
25 tahun yang lepas aku pernah main hehe
onlajer recently posted..Kata Usahawan Kecil ?
Memang sesuai dimain waktu sukaneka. But, sekarang semunya dah moden. Main pundi kacang pun secara maya.
Joe recently posted..Harga Pengorbanan Wira Negara
ehhhh.. tak pernah lepas main benda nih masa kecik2
selalu kalah.. pasal asik tunduk jerk.. kih3
nurmisnan recently posted..Rahsia sihat cantik berseri dengan Aura White
Pernah je main. tp tangan aku xde la gitu hahahahahha
gamep01nt recently posted..Membuat Tak Tahu
Dekat sekolah aku pun dah lama aku tak nampak pundi kacang ni digunakan.. Dulu awal tahun 2000 pernahlah juga nampak ia sekali-sekala.. Sekarang memang dah tak ada sbb kebanyakannya dah dibelasah tikus stor
Kulanzsalleh recently posted..Kes Buli Pelajar UiTM Sabah Telah Disiasat
budak2 zaman sekarang ada main lagi ke? syok time kecik2 dulu main macam tue. siap buat sendiri lagi.
fyna recently posted..SEJARAH HARI WANITA ANTARABANGSA @ HARI WANITA SEDUNIA
asalnya pundi kacang ni memang diisi dengan kacang hijau
tapi kerana tak tahan lama, sekarang diganti pula dengan plastik
tetiba rasa teringin nak main pundi kacang
haha
TehR recently posted..Kehebatan Seorang Wanita
nostalgia ni pundi kacang ni. siap main lambung2 lagi.. tapi masa sek rendah je ada, sek men tak main dah macam ni.. itu yg rindu tu..
kami bawak lagi anak2 main kat padang petang2 kalau tak hujan, maklumlah padang depan rumah jer..
fiezaradzi recently posted..Tips Sihatkan Badan, Makan Oat
setiap kali nampak cikgu bawak keluar pundi kacang ni kalau time PJK mesti akan rasa kuciwa sebab niat hati nak main bola eekeke