Bagi budak-budak sekolah, waktu cuti sekolah beginilah waktu yang mereka tunggu-tunggu. Inilah masanya untuk mereka bergembira dan melakukan aktiviti yang mereka suka.
Tapi ada juga dikalangan mereka yang terpaksa mengikuti kelas tusyen dan juga kem-kem tertentu untuk kebaikan mereka pada masa hadapan. Ada yang mengikutinya kerana kena paksa dengan ibu bapa. Maklumlah, keputusan tahun ini agak kurang memberangsangkan. Waktu inilah yang sesuai untuk memantapkan diri dan ilmu budak-budak ini. Nak harapkan waktu sekolah sahaja, memang tak sempatlah. Dengan kerja sekolah lagi, dengan nak belajar lagi. Memang rasa macam masa itu tak cukup sahaja.
Jadi, kepada ibu bapa..jika ada masa, cubalah luangkan masa anak-anak dengan membawa mereka pergi bercuti. Dapat percutian 4 hari 3 malam pun dah cukup membuatkan mereka gembira.
Antara tempat yang sesuai untuk dilawati..
- Zoo Negara – Mana tahu, ada juga yang tak dapat bezakan mana satu badak sumbu dan mana satu gajah.
- Muzium Negara – Kenal tentang sejarah negara. Kalau tidak, Hang Tuah dan Dol Said pun tak kenal.
- KLCC dan KL Tower – Ini tempat memang best jalan-jalan. Satu hari jalan, memang penat. Tapi budak-budak memang suka tempat-tempat macam ni. Makcik-makcik pun suka melawat sebab boleh shopping habiskan duit bonus hujung tahun pakcik-pakcik. hehe..
- Pantai – Kat Malaysia ni, banyak pantai yang best-best. Cherating, Pantai Morib Banting, Langkawi dan bermacam lagi.
- Pulau. Termasuklah Pulau Langkawi, Pulau Gaya, Pulau Pandan jauh ke tengah pun boleh. Hehe..
- Shopping mall. Haa..bawa budak-budak sekolah tu membeli barang-barang keperluan sekolah. Masa inilah nak pujuk hati mereka yang dok sibuk belajar aje waktu cuti.
- Bawa balik kampung. Jumpa nenek dan atuk. Masa inilah mereka nak kenal atuk dan nenek mereka disamping sepupu dan sedara mereka yang selama ini mungkin hanya jumpa waktu hari raya sahaja.
- Ikut kursus kem bina semangat ala-ala PLKN. Ada banyak kem macam ini. Sekurangnya, boleh mengajar mereka berdikari dan kenal dunia luar.
- Bawa gi tempat percutian seperti Cameron Highland, Legoland Malaysia dan Sunway Lagoon. Sekurangnya, boleh melepaskan stress budak-budak tu. Tapi duit poket kena teballah sikit. Hehe..
Dan macam-macam lagi.
Pendek kata, bawa mereka keluar dari rumah anda. Tak adalah terperap sahaja kat rumah itu dengan main facebook dan iPad mereka.
Jadi, kemanakah destinasi percutian anak-anak anda tahun ini?
Cuti sekolah ni tak pergi mana2 cikgu…
tak kot. dok rumah aje gayanya. hehe..
Dah bawak dah..
Actually mak dia yang lebih happy sb dapat jalan2..hehehe
Cuti sekolah anak-anak ajak jalan-jalan makan angin.
awal-awal cuti dan bawa anak-anak jalan…tp itupun masih belum puaskan hati mereka…hehehe..sebab cutikan lama…
benar tu.. musim cutl nie lah masa terbaik membawa anak2 keluar bercuti…. kesian kat anak2 terperap kat rumah..
kami sudah jalan tapi mau jalan mana lagi tetap jumpa atas jalan juga erk. heeee
Cuti sekolah jalan pagi pagi xsesak dah…hehehe….
itulahh..
kena gak tengok keperluan anak-anak.
asalkan mereka gembira, itu dah lebih dari cukup, kan?
Kesian gak pada yang terperap aje. Nak main kat luar, mak tak bagi. hehe..
Cuti sekolah byk boleh dilakukan perkara yg berfaedah.