12 Comments

  1. Tak patut lah klo nak naikkan harga pon. Budak skolah makan byk mana lah sangat. Sian kat budak skolah yg tak mempu tu. Skang hari2 saya buat bekal utk anak.

  2. RM4.50 tu dah terlalu mahal untuk makanan di kantin sekolah. Sebab secara logiknya budak-budak tak adalah nak makan banyak. Waktu rehat pun singkat je kan.

    Jadi kalau nak kawal harga tu, mungkin boleh kurangkan kuantiti makanan tu tapi kualiti masih perlu dikekalkan.

  3. Anak-anak zaman sekarang suka ikut kawan yang makan di kantin.

    Semasa saya sekolah dahulu bawa bekal roti dan air sirap dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.

  4. Isu kenaikan harga makanan dekat Kantin Sekolah turut menjadi tajuk hangat dalam Akhbar Malaysia kini terbitan semalam (10-17 Januari)… Apabila saya membaca artikel demi artikel berkaitan dengan isu ini, sebenarnya peniaga dekat kantin sekolah juga berada di dalam dilema untuk menaikkan harga jualan makanan dekat kantin… Tapi mereka juga tiada pilihan disebabkan harga barang semuanya dah naik… Cuma mereka cuba mengawal harga kenaikan tersebut supaya tidak terlalu membebankan pelajar sekolah…

  5. Bakir

    Ibubapa perlu fikir macam mana nak menambah baik kehidupan. Salah satu caranya adalah berniaga kerana ia adalah sunnah walaupun sekecil-kecil perniagaan. Insya Allah ada keberkatan.

  6. Kadang-kadang memang ada pihak yang nak ambil kesempatan atas kenaikan harga barang. Tapi dalam kes ini, ibu bapa kenalah bijak. Apa kata masak sendiri dan kasi anak bawak bekal? Kan lagi bagus dan berkat sebab dapat makan masakan yang terjamin kebersihan nya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.