24 Comments

  1. Mendidik murid-murid sekolah pada zaman sekarang lebih mencabar berbanding mendidik murid-murid pada zaman dahulu..

    Ini disebabkan kebanyakan ibu-bapa zaman sekarang lebih bersifat membela anak-anak berbanding menghargai penat jerih usaha guru-guru sewaktu mendidik anak-anak mereka untuk menjadikan mereka manusia yang berguna pada kemudian hari…

    Bagi pihak kementerian pula, sekiranya ada laporan berkaitan dengan guru, biasanya mereka tetap akan mengambil tindakan yang terbaik supaya dapat memuaskan hati ibu bapa dan supaya perkara tersebut tidak dipanjangkan sehingga ke mahkamah…

  2. Fadhil

    Saya rasa dalam kes ni mungkin hukuman cikgu tu agak keterlaluan dan boleh memalukan murid2. Tetapi saya dulu kena jalan itik 2 pusingan blok sekolah tapi saya masih ok. kesimpulannya, budak2 sekarang terlalu dimanjakan. hmm.

  3. Hari sabtu baru ni saya ada kesekolah anak. Bukan sebab saya nak marahkan cikgu tapi saya terlalu marahkan anak saya. Sebabnya benda yang tengah kecoh ni lah “tak buat keja sekolah”

    Geram sungguh saya pada anak sb dalam saya selalu check kerja sekolah dia, ada jugak dia tak buat. Siap pandai sorokkan buku lagi. Ada buku dari awal sekolah cikgu tak tanda sebab dia tak hantar pada cikgu.

    Saya tak tahan terus ke sekolah dan jumpa semua cikgu dia. Suruh cikgu dia denda kalau dia tak hantar kerja rumah.Sampai cikgu dia cakap, jarang ibu bapa suruh cikgu rotan anak.Tapi saya tak kisah janji anak saya berdisplin..

  4. Yeahhh.. Lepas ni tak payah marah budak lagi. Lantak la dia nak siap kerja ke tidak. Buat stail kat universiti. Lu hantar assigmen ada la markah, lu tak hantar, jangan marah kalau akhir tahun markah cikgu bagi kosong..

  5. Ya. Memang sangat mencabar sekarang. Di sekolah, memang ramai cikgu yang pening kepala. Tapi dikuatkan semangat dan cuba juga mengajar sebaik mungkin. Demi masa depan murid-murid tersebut. Agar lebih berguna pada masa hadapan.

  6. zaman dulu memang teruk. Tapi minda budak-budak dulu kuat, diorang tahu..kalau report kat mak bapak, diorang kena 2-3 kali ganda lagi dari cikgu kat sekolah.

    Budak-budak sekarang tak takut dengan cikgu dan mak bapak sangat.

  7. hukuman berbentuk fizikal seperti rotan,denda berdiri atas kerusi dan sebagainya ,saya rasa dah tak relevan lagi pada masa sekarang ni.sebab memang takda kesan langsung kat diorang.kita kena buat satu hukuman secara berbentuk psikologi .bagaimana?itu kita kena fikir bersama cara dan kesan….itu just my short opinion.

  8. lili mulyadi

    yag penting ngg dipukulin, hukuman sekali-kali harus dilakukan biar anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang benar. Ketika lulus dan berbaur di masyarakat tetap kan berhadapan dengan hukum dan norma masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.