Ya.
Seperti biasa, saya jadi pengurus sukan untuk sukan bola baling sekolah saya.
Sama seperti disekolah lama, tugas saya sama sahaja.
Yang berbeza, sekolah lama saya tu muridnya ramai.
Sekolah baru ni, muridnya sangat sedikit.
Nak buat pemilihan pun, tak sampai 20 orang murid yang hadir.
Jadi, pemilihan murid adalah sangat terhad.
Untuk tahun hadapan, nak tak nak saya kena ambil murid dari tahun 4 dan tahun 5. Tidak lagi hanya mengharapkan murid tahun 6. Sebab murid tahun 6 sangat sedikit disekolah saya. Tinggal 30 orang lebih sahaja.
Dan majoritinya hanya cukup-cukup untuk sukan bola sepak sahaja.
Itu baru satu sukan.
Takkan saya nak hantar orang yang SAMA untuk sukan yang berbeza?
Memang mati kehausan dan kepenatan diorang dibuatnya.
Tak pasal-pasal, saya kena serang dengan mak bapak bila ada murid tahun 6 tak dapat keputusan yang memberangsangkan pada tahun hadapan.
Sudahlah tak ada seorang pun murid dari sekolah saya yang dapat 6A. Mujur ada 5A dan 4A. Dan jumlah yang dapat 3A dan 2A pun agak ramai. Jadi, syukur takde yang menyerang saya dan cikgu-cikgu sekolah yang lain tahun ini. Lagipun, format baru, cara menanda pun super strict dan markah untuk dapat A pun mesti dapat 90 markah. Kalau dapat 88 pun tak dikira A. Jadi, memang jatuh habislah keputusan UPSR tahun ini.
Hoho..
..
…
Berbalik kepada sukan bola baling.
Saya ada dapat jemputan dari sekolah lain yang buat pertandingan bola baling bawah 10 tahun.
Jadi, saya hantarlah murid saya dari tahun 4 untuk sertai pertandingan itu dengan harapan dapat beri pendedahan awal kepada mereka agar dapat membantu sekolah saya boleh masuk ke final pada tahun hadapan.
Tapi, langit tak cerah seperti yang sepatutnya.
Skuad lelaki tak sampai ke suku akhir.
Hanya skuad perempuan sahaja yang melangkah ke suku akhir.
Itu pun, dua-dua game kalah.
Tak dapat nak buat apa, mereka masih muda dan mentah dengan psikologi dan sepak terajang sukan bola baling nih.
Bagi mereka, sukan ni masih baru dalam otak mereka.
Perlu lebih latihan, perlu lebih motivasi dan perlu lebih banyak pendedahan.
Semoga kami ke final tahun hadapan.
Aminnn..
Kali terakhir main bola baling masa sekolah rendah. Ikut-ikut orang. 🙂
tak pernah main bola baling but nice artikel.
Patutlah pengambilan baru sekolah berasrama 4A dan 3A pun dah boleh apply..
kalau anak buah hang nak belajar teknik balingan terbang..boleh panggil aku utk tunjuk..keh3
saya pemain bola baling.. sebab rules dia tak seketat bola jaring dan bola keranjang.. hee~ saya kapten rumah biru.. macam biasa.. saya la centre.. suka main bola baling time lepas hujan.. confirm main lecak lepas tu.. hahaha~ indah zaman sekolah..
Main dari sekolah rendah sampai universiti. Tapi masa sekolah menengah paling berjaya..haha..we got Gold Medal for three consecutive years. Dan sy kapten =D tapi teamwork, passion and cooperation dari setiap player tu yg penting. Cikgu aka coach pun akui zaman kitorang la zaman kegemilangan. Miss my handball days. Semoga cikgu dapat bentuk satu team yg kuat dan mampu membawa kejayaan dan kegemilangan utk sekolah. =)
Seumur hidup tak pernah main bola baling hihi.. Pernah main kan komputer saje hihi
Bukan ramai orang yg suka main ngan bola baling. Bola sepak lah yg minat orang ramai.
Aku pun tak berapa reti nak main sukan ni… macam susah je rasanya ha3 kalau basketball macam ok lagi