About

Blog ini diusahakan oleh seorang guru muda yang baru sahaja berusia 25 tahun dan akan menyambut hari jadinya yang ke 26 pada bulan Julai tahun 2010. Guru muda ini berharap blog ini akan membantu lebih ramai guru, cikgu, cikgu cemerlang, ketua-ketua bidang, guru besar, pengetua, pegawai PPD dan pelajar berkongsi idea dan bertukar pendapat dengan lebih baik untuk kebaikan bersama.

Sebarang artikel dalam blog ini merupakan luahan idea dan perkongsian bersama. Tidak ada niat untuk mencemar peribadi sesiapa, menghina, membenci, menyalahkan antara satu sama lain, mengadu bomba, mendengki dan sebagainya. Ianya lebih kepada berkongsi pendapat biarpun kita semua tahu kita mempunyai pendapat yang berbeza dalam setiap isu samada isu pendidikan, isu pelajaran, isu pelajar dan sebagainya.

Insya-Allah, blog ini akan mencari lagi 2-3 orang guru muda (kalau boleh guru perempuan yang comel-comel) untuk membuat artikel dari masa ke semasa dan diharap anda semua menjaga pertuturan, percakapan, penulisan dengan baik. Jangan kurang ajar dan celupar ketika mengeluarkan pendapat. Kita cuma mahu industri perguruan dan pendidikan itu cemerlang sebaris dengan industri yang lain.

Sedikit info tentang blog ini:

- blog Ohcikgu.com ini telah dilahirkan pada 26 Februari 2010.
- blog ini lebih kepada cetusan idea seorang guru muda berusia 26 tahun
- nama domain bagi blog ini (Ohcikgu) telah difikirkan sejak tahun lepas. Cuma tahun 2010 sahaja baru berjaya direalisasikan.
- tujuan blog ini dihasilkan untuk bertukar pendapat dan mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan yang timbul dalam aspek yang berbeza.
- blog ini juga diwujudkan untuk menarik minat lebih ramai guru dan cikgu untuk menulis blog. Hehe..

Ps: Updated 9 Februari 2011.

17 Comments

  • At 2010.11.07 22:00, fendidahada said:

    wah…cikgu saya tak siap kerja sekolah…jangan rotan saya ok..hehehe :mrgreen:

    • At 2010.12.19 13:26, scoot said:

      cikgu saye lupe bawak sluar PJ…prrffttt :mrgreen:

      • At 2010.12.25 00:49, siti said:

        :roll: Menarik blog ini ..banyak info ..keep it up..seronok tengok cikgu muda bersemangat dan penuh idea dalam menjalankan tugas. Good luck .teruskan usaha anda. Never give UP!!

        • At 2011.01.09 09:22, joev said:

          Selamat Pagi Cikgu…selamat berblogging

          • At 2011.02.21 01:06, sifoo said:

            Idea yg bagus dengan adanya web yg mcm ni. Tapi perlu perbanyakkan lg info yg berkaitan dgn alam pendidikan dan sumber2 yg berguna dlm P&P. Klu benar nak memartabatkan guru inilah caranya.

            • At 2011.05.22 03:29, ina said:

              sgt berinformasi…
              mcm mana pula kalau utk memohon sbg GST?

            • At 2011.04.01 08:40, emi said:

              ohhoo.. enCIK GUru ni tahun bila posting.. bagus2…ngajar skola menengah ke rendah ke poli ke..atau skola memandu..haha..nway smoga dapat GC secepatnya.

              • At 2011.05.13 07:59, MEKAR said:

                Salam Cikgu,
                anak murid singgah ni nak baca tulisan cikgu. Salam ziarah
                MEKAR recently posted..Resipi Macaroni with Chicken and Mushroom SauceMy Profile

                • At 2011.05.14 09:14, yoonami said:

                  kalau boleh saya tau cikgu ni dari keluaran mana ye ipg ke?
                  yoonami recently posted..Kerana kita hawa yang penuh nafsuMy Profile

                  • At 2011.05.21 16:35, yusri said:

                    saya pun cikgu jugak…salam perkenalan

                    • At 2011.05.26 03:02, cik seri norayu bt molek said:

                      Aiiyooh! cikgu muda cantik molek, saya mahu jemput lat kartun masuk bersama … he…he…he Selamat bercikgu …kreatif dan Selamat Hari Cikgu 2011…jugak salam berkenalan

                      • At 2011.08.01 01:10, adamfaiz said:

                        Tarikh lahir blog ni sama ngan aku nye.. :lol: (tapi aku dah tua la…)

                        • At 2011.08.08 07:40, Erma said:

                          Teruskan memberi info2 terkini ttg bidang perguruan yer…..! :)

                          • At 2011.11.13 14:47, Mr. Bukit Besi said:

                            Cikgu selamat berkenalan, ni anak murid Cikgu yang baru…heee

                            • At 2011.12.12 05:04, pharmalif said:

                              Cikgu…cikgu comel la.. bila besar nak jadi cikgu jugaklah!! :roll:

                              • At 2012.01.02 16:56, Ummi Hanie said:

                                salam kenalan , cikgu … cikgu ape name ye ? hmm …

                                sy ni surirumah je tp ramai yg igt sy ni cekgu..ade rope cekgu kot sy ni …

                                cikgu,jom tukar RSS ? ;)

                                • At 2012.02.01 12:31, Aya said:

                                  Blogger-blogger yang bakal melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang memeriahkan ohcikgu.com…

                                  (Required)
                                  (Required, will not be published)