Tips Hartanah – Tips Mudah lulus Pinjaman untuk beli rumah terpakai

Ya, saya ingin membeli rumah sendiri dan juga mahu buat duit melalui rumah-rumah tersebut. Rumah baru ke rumah terpakai?? Tapi bagaimana? Apakah caranya? Apakah strategi yang mantap patut saya lakukan? Jadi, saya mencari dan mencari dan akhirnya terjumpa gambar ini..

Nama penulis ebook tersebut adalah Meor Zaidee Meor Ahmad Rosli.  Penulis dilahirkan di Tapah, Perak dan dibesarkan di Teluk Intan, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan sebelum meneruskan pengajian peringkat menengah di sekolah berasrama penuh di Ipoh. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian dalam bidang Pemasaran dari Universiti Teknologi MARA. Memulakan kerjaya di sektor perbankan semenjak tahun 1997 sehingga kini. Memiliki 12 tahun pengalaman di dalam bidang pelaburan hartanah dengan pengkhususan kepada pelaburan hartanah yang berisiko rendah dan setakat ini telah pun mengumpul 13 buah rumah dengan nilai semasa melebihi RM 1 juta. Beliau juga merupakan penulis blog www.abangensem.com dan pernah ditemuramah di dalam Majalah ‘Personal Money’ keluaran Oktober 2007 berkaitan pelaburan hartanah beliau.

Baca sedikit kisah beliau dan kata-kata yang membuatkan saya tertarik dengan kesemua hasil tulisan beliau baik melalui ebook ataupun tulisan di blog beliau.

  • Kerap kali saya ditanya adakah kesemua 14 buah rumah saya itu dibiayai oleh bank dan apabila saya katakan “YA”, saya lihat satu kerutan di muka si penyoal.
  • Saya pasti bukan si penyoal sahaja yang hairan dengan jawapan saya malah anda yang sedang membaca tulisan ini turut kebingungan, apatah lagi sekiranya saya memberitahu yang jumlah keseluruhan instalment 14 buah rumah saya jauh melebihi slip gaji saya setiap bulan. “Biar betul?” hati kecil anda menyoal dan bagi menjawab persoalan tersebut, maka terhasillah ebook ke 4 saya ini bagi membuka mata anda yang ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
  • Saya telah rangkumkan 11 tips yang telah saya amalkan semenjak saya mula melabur dan selama 13 tahun, tips-tips tersebut tidak pernah menghampakan saya dan untuk itu, ingin saya kongsikan kesemuanya dengan anda pada harga serendah RM25. Semoga anda akan mendapat manafaat dari kesemua 11 tips tersebut.
  • Pasti anda tertanya-tanya kenapa pembelian untuk rumah terpakai atau subsale property yang menjadi tajuknya dan bukannya rumah baru atau pun rumah lelong? Ini kerana melalui pembelian rumah terpakai sahajalah yang membolehkan anda mengikuti konsep ‘Beli Rumah Tanpa Wang’ yang sering saya amalkan selama ini dan dengan adanya ebook ini, maka ianya akan memudahkan anda untuk turut sama mempraktikkan konsep ini kerana ebook ini menceritakan secara jelas tentang langkah-langkah yang harus anda ambil di dalam urusan pembelian rumah bermula dengan proses mencari rumah sehinggalah setelah kunci rumah berada ditangan anda, semuanya akan diperjelaskan mengikut kehendak pasaran tempatan.

Berikut adalah jawapan buat anda yang tertanya-tanya kenapa ebook ini PERLU anda miliki?

  • Sebagai persediaan untuk anda mempraktikkan konsep ‘BELI RUMAH TANPA WANG’.
  • Memudahkan anda untuk membeli rumah idaman anda.
  • Menyediakan tips-tips berkaitan urusan permohonan pinjaman perumahan.

Proses dan langkah yang diutarakan adalah mengikut suasana pasaran tempatan. Dan SEMUA yang anda ingin ketahui anda boleh dapatkan dengan klik gambar  dibawah ini:

Dapatkan disini: Beli rumah terpakai, cara mudah mendapat pinjaman dan menjadi Jutawan Hartanah

Can you believe it? The grand prize for this contest is the all-new Ford Ranger!

Ps: Kalau Meor ada 14 buah rumah. Agak-agak berapa saya boleh dapat ye. Hehe..

Posted in Recommended | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 3 Comments

Keputusan penuh saingan Piala FA (18 Feb 2012) – Kelantan, Terengganu dan Selangor Mara!

Malam tadi saya sempat luangkan masa untuk menonton perlawanan saingan Piala FA antara Kelantan dan Sarawak. Perlawanan yang agak menarik. Kedua-dua pasukan asyik bertukar serangan dan nampak gayanya pada separuh masa kedua memang memihak kepada Kelantan yang lebih banyak menyerang dan berjaya mengawal keadaan tengah padang.

Can you believe it? The grand prize for this contest is the all-new Ford Ranger!

Walaupun Sarawak berjaya memperoleh gol pertama melalui Azizan Baba namun, Kelantan tidak putus asa dan berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan dari tandukan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke 33. Dan gol kemenangan berjaya dijaringkan oleh NorFarhan pada minit-minit terakhir sebelum perlawanan ditamatkan.

Jadi, keputusan penuh, Kelantan (2) dan Sarawak (1).

Sementara itu, keputusan di stadium lain pula ada yang berbeza dari tekaan saya. Tapi banyak pasukan yang berada di Liga Super memenangi perlawanan masing-masing seperti Terengganu dan Selangor.

UiTM vs Lions XII (0-3)
Betaria FC vs Melaka (4-0)
Pos Malaysia vs USM (1-2)
KL SPA vs Johor MBJB (3-0)
Terengganu vs PDRM (4-0)
Kelantan vs Sarawak (2-1)
Kuala Lumpur vs MP Muar (3-0)
Perlis vs SDM Kepala Batas (2-0)
Johor FA vs T-Team (0-2)
Preach Khan Reach (KEMBOJA) vs Pulau Pinang (2-0)
Negeri Sembilan vs Johor FC (1-2)
Shahzan Muda vs Selangor (0-4)
Kedah vs PKNS Selangor 1-1 (penalti 4-2 )

Selangor, Johor FC, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur berjaya menang dalam perlawanan masing-masing. Dan dua pasukan luar iaitu Lions XII dari Singapura dan Preach Khan Reach dari Kemboja juga berjaya menang dalam perlawanan masing-masing dalam rebutan Piala FA kali ini. Nampaknya, usaha pasukan kita mesti bekerja keras untuk tidak membiarkan Piala FA ini jatuh ke pasukan luar. Malu woo kalau terlepas ke pasukan luar Malaysia ni..

I think everyone who double-parks at banks should get this!
Being green is so 2012. Have you pledged to Live Green this year?

Ps: Pening. Tengok bola sambil tertidur-tidur dibuatnya. Hehe..

Posted in Sukan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 1 Comment

Kisah Hantu pocong di bilik karaoke..

Bila saya tonton video dibawah ini, memang video ini berjaya buat saya ketawa kaw-kaw punya. Entah macam mana mereka mampu buat rancangan seperti yang ada dalam video itu pun saya tak tahu. Tapi memang mereka sangat kreatif dalam menghasilkan rancangan seperti itu.

I think everyone who double-parks at banks should get this!

Anda kena tonton dulu video ini. Memang kelakar dan agak menyeramkan juga. Bagi yang ada penyakit sakit jantung, saya nasihatkan anda tonton dengan ada doktor peribadi anda disebelah. Bukan apa, takut anda terlalu terkejut dan gelak melampau-lampau sahaja.

Hehe..macam mana? Best tak tengok video ini?

Saya yakin ada yang terkejut dan saya yakin ada yang ketawa gila-gila bila menonton video in. Betul tak? Kalau kat Malaysia, rancangan yang lebih kurang sama dengan rancangan seperti ini adalah rancangan Wakenabeb dan Bang Bang Boom. Tapi di Indonesia, rancangan itu adalah rancangan Super Trap. Jadi, apa pendapat anda tentang Super Trap?

Can you believe it? The grand prize for this contest is the all-new Ford Ranger!
Being green is so 2012. Have you pledged to Live Green this year?

Ps: Hampeh tol, laki tu. Tinggalkan awek dia. Haha..

Posted in Isu semasa dan berita semasa, Lagu dan Video | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments

Video jaringan gol kemenangan Perak ke atas ATM – Michal Kubala

Malam tadi saya sempat tonton perlawanan antara Perak dan ATM yang berkesudahan dengan Perak menumpaskan ATM (1-0). Jaringan gol dijaringkan seawal minit ke 4. Tetapi baki perlawanan yang melebihi 90 minit, kedua-dua pasukan gagal untuk menjaringkan gol. Setelah Hairuddin Omar keluar kerana tercedera, kemudiannya Zakuan juga turut tercedera, ATM nampak tempang walaupun mereka masih berjaya menyerang bertubi-tubi ke gawang Perak. Tetapi semuanya gagal disebabkan kecekapan penjaga gol Perak dan juga pemain pertahanan mereka.

Ini jaringan gol kemenangan Perak ke atas ATM. Jaringan melalui sepakan percuma Michal Kubala yang cukup cantik dan gagal ditepis oleh penjaga gol ATM.

Jadi, langkah ATM untuk jadi juara Piala FA 2012 nampaknya sudah terkubur dan Perak akan terus berjuang untuk menjadi juara. Dan pada malam ini, siaran langsung antara Kelantan vs Sarawak juga akan dapat kita lihat di kaca tv dalam perebutan Piala FA. Siapakah yang bakal menang? Kita tunggu dan lihat sahaja.

Ps: Haus benar. Nak gi buat air teh la kejap.

Posted in Sukan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 1 Comment