1 Mei 2012 – Hari untuk berehat seadanya.

Ya, mari lupakan sekejap kekalahan Chong Wei dalam final terbuka India beberapa hari lalu walaupun hati saya agak kecewa dengan kekalahan tersebut. Tapi memang tak boleh salahkan Chong Wei kerana saya yakin beliau sangat teruja mahu menang selepas kecederaan bahu beliau pada All England yang lepas. Saya harap kecederaan beliau akan pulih 100% dan tidak akan mengganggu prestasi beliau pada Sukan Olimpik yang akan hadir tidak lama lagi.

Hari ini, hari cuti. Saya rasa ramai yang tahu hari ini cuti apa. Tak perlu saya tulis, bukan? Hari ini saya banyak berehat, tidur, makan dan menjelajah ke blog rakan-rakan yang lain. Saya baca dan saya cuba fahami. Tapi saya malas nak komen kerana malas. Kadang-kadang bila sifat malas ni datang, memang jadi betul-betul malas dibuatnya.

Kerja sekolah, saya tak bawa ke rumah. Biarlah. Masalah anak-anak murid, saya tinggalkan seketika. Tidak mahu bagi otak ni berserabut. Masalah memang takkan selesai. Setel satu masalah, 10 masalah baru akan menyusul. Jadi, hari ini, biarlah saya berehat seadanya.

Dan saya harap anda semua betul-betul berehat. Nak dapat cuti ni bukan mudah. Kadang-kadang, bila dapat cuti terpaksa juga datang ke sekolah buat kerja yang tak siap-siap. Yelah, waktu sekolah, nak kena mengajar, nak siapkan itu ini, ada program yang kena uruskan dan pelbagai lagi. Kerja yang lain? Tak siap-siap. Sebab itu saya agak jarang update blog sejak kebelakangan ini. Sibuk sangat.

Oklah. Saya mahu cari makanan. Lapar. Ada sesiapa mahu belanja saya hari ini?

Ps: Dah lama tak buat entri santai macam ini. Hehe..

Posted in ohcikgu | Tagged , , , , , , , , , , | 1 Comment

Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM Ambilan Jun 2012

Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM Ambilan Jun 2012 atau Semakan Keputusan Permohonan Maktab Perguruan 2012 boleh mula disemak menggunakan Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 2 petang, 30 April 2012 (Isnin).

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini adalah untuk mereka yang sudah membuat Permohonan tawaran KPLSPM dari 22 Mac – 5 april 12 yang lepas.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2012 adalah Program yang dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

Cara semak keputusan KPLSPM ambilan jun 2012

1. klik sini: Semakan keputusan KPLSPM ambilan Jun 2012

2. Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan SEMAK!

Setelah anda semak online panggilan temuduga KPLSPM jun 2012. Bagi calon pemohon yang berjaya selepas semak online ini, pemohon dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui internet.

Masalah atau pertanyaan

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245

Posted in KPLSPM, Semakan dan keputusan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments

Chong Wei kembali mengganas.

Tahniah kepada Lee Chong Wei kerana mara ke pusingan yang seterusnya. Chong Wei menewaskan Taufik Hidayat dengan straight set (21-16, 21-13) di peringkat Suku Akhir dalam Badminton Super Siri Terbuka India 2012. Yang menanti Datuk Lee Chong Wei di Separuh Akhir adalah sama ada Jen Hao Hsu daripada Chines Taipei ataupun pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus.

chongwei

Dan tidak mengecewakan juga bergu muda negara yang berjaya layak ke peringkat separuh akhir. Goh V Shem dan Lim Khim Wah yang berjaya menumpaskan bergu daripada Russia 21-17, 16-21, 21-10. Mereka akan bertemu dengan pilihan kedua kejohanan daripada Korea, Sung Hyun Ko dan Yeon Seong Yoo.

Harap mereka semua akan layak ke peringkat akhir. Tadi terlepas pula nak tengok siaran langsung. Huh.

Ps: Penat. Mahu tidur pula.

Posted in Sukan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 5 Comments

Bersih 3.0 – Lakaran Sejarah Malaysia 2012.

Ya. Rata-rata kalau pergi ke mana-mana blog pada hari ini, semuanya akan bercerita tentang Bersih 3.0. Ada yang letak gambar-gambar bersih 3.0, ada yang letak siaran langsung punya video, ada juga yang letak update twitter yang best-best tentang bersih 3.0 dan tak kurang juga ada yang letak video sahabat yang sempat upload ke youtube untuk tatapan para pengunjung yang dahagakan isu bersih 3.0.

Bagi saya, nak buat demonstrasi ke..apa ke. Buatlah.
Nak berkhemah ke..nak bermalam seminggu sehingga berbulan. Buatlah..
janji, anda sanggup tanggung risikonya dan tak menyusahkan sesiapa.

bersih3.0

Saya tak memihak pada sesiapa. Setiap orang ada haknya yang tersendiri. Dan bagi saya, Bersih 3.0 ada matlamatnya tersendiri. Kita sukar nak menduga hati orang-orang yang menyertai Bersih 3.0. Mungkin di setiap benak dan fikiran mereka ada tujuan tersendiri mengapa mereka menyertai Bersih 3.0. Mungkin ada jelek dan ngeri dengan tindakan mereka yang turun ke KL dari pagi tadi sehinggalah ke malam ini. Adakah tujuan, matlamat dan objektif mereka tercapai? Itu saya kurang pasti. Tapi yang saya pasti, perhimpunan bersih 3.0 ini sudah kira tercapai. Maksud saya, perhimpunan ini terjadi sebab memang nampak ribuan orang berpakaian kuning dimerata tempat. Lihat sahaja gambar-gambar dipelbagai blog, anda akan nampak macam-macam gelagat dan perangai mereka dari gambar tersebut.

Saya cuma harap, tidak ada yang tercedera dalam perhimpunan kali ini dan seperti yang saya duga pada tahun lepas ketika Bersih 2.0 diadakan. Bersih 3.0 pasti akan menyusul dan telahan saya tepat. Bersih 3.0 telah pun terjadi. Dan tidak mustahil Bersih 4.0 juga akan hadir jika permintaan atau objektif pada Bersih 3.0 dan Bersih 2.0 masih belum tercapai.

Jadi, anda hendak memihak kepada siapa..anda mahu turun membina sejarah..atau anda mahu berdiam diri dirumah menikmati kopi O panas cicah biskut merry. Terpulang. Semuanya terletak pada tangan anda.

Ps: Sekadar pemerhati sahaja setakat ini..

Posted in Isu semasa dan berita semasa | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments